Maaf... Lama saya tidak singgah ke blog sendiri... Tak sangka, banyak mesej-mesej yang ditinggalkan kawan-kawan. Maaf sangat-sangat yer. banyak perkara yang saya ingin kongsi sejak saya memulaka projek ni. Tapi memang saya tidak berkesempatan mengadap pc kerana terlalu letih bila sampai di rumah. Saya keluar pagi seawal jam 7.30 biasanya. Hantar eman serumah ke tempat kerja dan kemudiannya terus ke farm saya di Kampung Sungai Ramal dalam, Kajang. Lebih kurang 10 minit dari rumah saya di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Yang paling saya ingin kongsi, masalah yang datang sejak saya memulakan pengeluaran di tapak baru saya ni. Kulat oren yang paling jelas kelihatan seba warnanya terlalu terang dan juga sama dengan logo syarikat saya. hehehe. Masalah kulat oren atau merah hanya dapat dikawal dengan mengasingkannya sahaja dan terus membuangnya. Itu sahaja jalan yang saya tahu setakat ini. Puncanya saya tidak jelas. Tapi setakat yang saya perhatikan, masalah tempat simpanan habuk kayu yang terlalu dekat. Rasanya lah. Sebabnya, saya dapati kulat oren juga tumbuh pada timbunan habuk kayu saya yang belum diproses menjadi media tanaman cendawan. dan yang paling ajaib, hehehe... Kulat oren juga tumbuh pada kayu yang saya gunakan untuk membuat tapak di dalam tong dram. Boleh bayangkan tak?
Saya dah tak gunakan kayu tu lagi. Bimbang... Jika ada kesempatan saya akan ambil gambar kulat oren yang menjadi masalah baru bagi saya. Tapi, dari pemerhatian saya, kulat oren bukan lah masalah yang paling utama. Kulat hijau tetap masalah utama. Cuma saya terlebih bimbang sebab belum pernah hadapinya sebelum ini. Kulat hijau tetap yang utama. Saya rasa masalah terlalu banyak rosak untuk 1000 batch yang pertama ni disebabkan saya tidak menjaga dan mengambil langkah berhati-hati sewaktu menyuntik benih. Tapi sudah 3 hari saya ambil langkah berjaga-jaga dengan memakai glove dan juga mask sewaktu proses menyuntik. Semoga peratus kerosakan dapat dikurangkan. Setakat ni sudah lebih 100 beg saya buang. Dan saya tengok mungkin daripada 1000 beg yang saya sudah suntik benih, bilangan beg yang rosak boleh mencecah 500 menjelang 2 bulan lagi. Jadi, berhati-hatilah yer kawan-kawan semua.
jangan selamba camni masa suntik benih yer...
ni taapor bantu. thanks yer...
jemput makan... cendawan goreng...
cendawan hasil bongkah yang saya beli dengan en. azmi sewaktu lawatan di Kempas. Hebat.. itu sahaja yang saya mampu kata...

Comments