Part II
Semalam sekali lagi satu beg dari kukusan yang telah keluarkan dari tong dram hampir 3,4 hari yang lepas diserang kulat oren lagi. Kali ini beg ini belum lagi disuntik. Dan... kulat oren itu berlaku pada bahagian tengah beg di mana beg media bocor terkena batu blok. Saya sebenarnya kehabisan benih. Jadi terdapat ratusan beg yang telah dikukus terpaksa dibiarkan begitu sahaja tanpa diletakkan benih.
Benih yang saya tempah hanya saya perolehi pada ahad lepas dan juga pagi semalam. Jadi sebaik sahaja saya mengambil benih cendawan di Putrajaya, saya terus menyuntik benih tersebut pada beg media yang telah tersedia dikukus. Sewaktu hendak mengangkat beg untuk diletakkan pada rak, barulah perasan yang salah satu beg tersebut diserang kulat oren. Jadi ni bererti, kulat oren bukan hanya menyerang beg yang telah disuntik. Tapi juga yang belum disuntik. Sebab itulah pada timbunan habuk kayu getah yang saya beli juga terdapat kulat ini.
Jadi kesimpulan yang dapat saya buat, kulat oren atau merah akan menyerang tak kira bagaimana situasi yang berlaku. Antara dikukus atau belum kukus. Faktor persekitaran antara punca berlakunya serangan kulat oren ini. Yang penting kita perlu menjaga keadaan persekitaran dan pastikan ia sebersih yang mungkin untuk menjamin peratus serangan tak kira apa jenis kulat berkurang.
Beg yang belum disuntik benih tapi telah diserang kulat oren
Kulat oren yang keluar dari celah-celah plastik. Beg media ini diserang kulat oren didalam bangsal.
Begitu juga dengan yang ini.

Comments