"S*** bleh tk lain kali ckp awl kalau tk bleh anta k.***, sng k.*** nk mntk tlong abng k.***"
Itu bunyi sms yang menyakitkan hati saya malam tadi. Sudah berapa kali dia macam ni. Saya kah yang patut membuat laporan padanya setiap kali saya tidak dapat hantarnya pergi kerja? Kerana kadang-kadang saya ada hal tidak dapat balik ke rumah. Selama ni tidak pernah sekali saya bersungut sejak saya menjadi penghantar dan pengambilnya pergi kerja selama sudah hampir 8 bulan bermula Januari lalu. Selama ni, kalau tidak dapat mengambil atau menghantarnya, saya dengan baik hati akan mengsms dia untuk memaklumkn hal tu. Tapi malam tadi saya hanya lambat sedikit memberitahunya. Dia pun biasanya bukan akan tanya saya. Tapi oleh sebab pagi ni dia hendak pergi awal ke tempat kerja dia terpaksa bertanya pada saya. Kalau tak, dia dengan selambanya menganggap saya ni akan menghantar dan mengambilnya setiap hari.
Seletih mana pun saya, kalau tiba-tiba dia telefon mintak saya mengambilnya hatta dari driving school pun saya akan pergi mengambilnya. Pernah juga saya jalankan kerja rutin saya tu tapi tiba-tiba dia suruh orang lain datang ambil dia. Patutkah? Kalau sudah tahu tak nak saya ambil, kenapa tidak maklumkan pada saya.
Kadang-kadang saya terlambat. Kadang-kadang juga saya tidak terjaga waktu pagi dan henfon saya mati kehabisan bateri. Tiba-tiba dia emo bila terpaksa menumpang penjual nasi lemak berhampiran untuk pulang ke rumah. Apa salahnya kalau dia simpan satu nombor telefon teksi, boleh dia hubungi bila keadaan terdesak. Tapi dia hanya cari jalan pintas. Saya sendiri ada motor. Dia bukan tidak boleh menunggang motor. Boleh saja dia gunakan motor saya ke tempat kerja. Tapi alasan dia, dia takut masa di bulatan.
Kalau lah hanya ada satu perkataan tambahan pada sms tersebut iaitu 'TOLONG' saya mungkin tidak semarah ini. Saya geram dengan manusia-manusia macam ni. Saya terpaksa mengatur hidup saya kerana orang lain yang tidak mahu berusaha untuk tolong diri sendiri. Kalau banyak kerja di farm, saya tetap akan balik sekejap untuk tolong hantar dan ambilnya dari tempat kerja. Kadang-kadang bila saya balik, tengok-tengok dia sudah pergi. Apa perasaan saya, tak pernah kah dia fikir? Kalau dia boleh suka-suka hati macam tu, lagilah saya boleh suka-suka hati tak maklumkan pada dia.
Kalau ikut rasa sakit hati, saya malas dah menolong dia. Tapi saya bukan jenis manusia begitu. Saya akan menolong selagi saya terdaya. Saya tahu dia tidak berkenderaan, bila dia meminta tolong, saya menurut saja. Tapi sejak saya jalankan projek cendawan ni, banyak masa saya di luar. Kadang-kadang saya terlalu banyak kerja. Dulu yer, saya di rumah sebab saya hanya kerja 2 hari seminggu. Saya tidak minta lebih-lebih. Kenapa dia tidak faham saya sendiri ada kerja. Saya sendiri tidak faham kenapa ada manusia macam dia ni. Selama ni saya ikhlas menolong, tapi dia sendiri tidak tahu berbudi bahasa. Ikut hati saya nak pindah dari rumah tu. Rumah anak makcik sebelah je dengan farm saya tu kosong. Haritu dia ada tanya saya samaada nak sewa di situ atau tak. Kalaulah saya ni ada kerja lain selain cendawan ni, memang dah lama saya pindah ke situ.
Satu lagi cerita, tadi saya terlanggar van masa jem kat MRR2 pagi tadi. On the way saya pergi jumpa CD untuk bagi kain untuk saya tempah baju konvo saya di Tesco Ampang. Nasib baik sikit je. Van tu pun tidak brhenti. Paniknya saya Ya Allah... memang tak boleh nak dibayangkan.
Ni muka saya marah....
Untuk pelukis gambar ni... nsa sgt2115...
Comments
apaapajelah
sebenarnya saya luahkan marah saya dengan menulis je... hehehe.. kejap je.. saya tak puas hati so saya nulis. Tadi mcm biasa saya amik dia balik kerja... Bialah dia tu... saya hanya tolong mana yang patut je... tapi satu lagi yang saya pelik kena dia ni kurang diberi ajaran kot... she never say thanks... mmg tak patut... saya bukan mintak duit minyak pun, kalau cakap tima kasih kan sejuk hati saya...
apaapajelah