Saya ada buat perubahan sikit di bangsal saya. Saya akan gunakan stor sekarang sebagai bilik suntik dan juga tempat peram sementara beg-beg yang baru disuntik. Bilik suntik sekarang saya akan buat tepat display ataupun mungkin juga tepat peram. Bilik suntik sekarang yang terletak di dalam bangsal tuaian tidak sesuai kerana di dalam bangsal tu selalu basah dan berair. Jadi bilik suntik pun jadi kotor. Jadi saya kena alihkan ke tempat baru yang lebih bersih.
Dengan bajet yang dah semakin berkurang, semalam satu hari semuanya siap dibuat. Maksud saya stor tempat menyimpan barang-barang seperti dedak dan kapur. Macam bukan stor je sebab terbuka. Tapi takpelah sebab itu je bajet yang ada. Saya nak buat loan lah dengan ayah sebab modal dah nak habis ni. Tapi duit pampasan ayah pun dah nak habis rasanya. Sian dia anak-anak dia campur menantu dia sekali asyik nak mengikis je. Mungkin boleh tolak dari sewa kedai yang diterima oleh saya secara bergilir-gilir dengan 7 beradik yang lain untuk satu kedai tu kat kampung pada ayah. 7 beradik yang lain plak rumah kedai yang satu lagi. Tapi yang tu belum ada penyewa. hehehe... rugi la diorg. :) ( buat pengetahuan pembaca, saya ada 14 adik beradik satu emak satu ayah).
Sebelum...

Aripin dan Abdul tengah buat kerjo...

Selepas...

Habuk kayu saya sudah licin. Semuanya amik masa kurang dari 3 minggu. Inilah faedah bila ada pekerja. Semua dapat disiapkan dengan cepat. Minggu ni saya akan order lagi satu lori. Saya akan habiskan dalam masa 3 minggu juga. Saya tak pesan cepat-cepat sebab buat sementara waktu ni saya nak asingkan beg-beg yang rosak akibat tidak cukup kukus untuk dikukus semula. Semalam indian tu sudah call tanya nak habuk kayu atau tak. Saya bagitahu minggu depan. Sekarang beg di dalam bangsal sudah mencecah 10k. Bila habuk kayu yang baru ni habis bangsal saya akan penuh. Lepas tu saya akan membuat beg yang ditempah oleh customer saya plak. Kalau siapa nak boleh la tempah. Saya akan bagi harga yang berpatutan sekiranya beg yang ditempah melebihi 1000.
Tempat simpan habuk kayu yang kosong...

Comments