Hari ni agak kelam kabut. Saya ada raptai jam 9 pagi tadi. Tapi saya terlewat bangun. Nasib baik yang suruh saya hantar amik dia gi kerja tu call sebab saya lambat. Malam tadi dia siap-siap bagitahu ambil dia awal hari ni sebab dia ada kelas driving. Lepas ambil dia, saya siap-siap ke farm. Pekerja indo 3 orang tu dah sampai. Saya suruh diorang datang awal. Jam 8 saya nak diorang dah buat kerja. Saya sampai lebih sket kul 8.
Sempatlah saya mengajar yang sorang tu buat kerja-kerja di dalam bangsal. 2 orang lagi bancuh media. Saya nak langsaikan kerja-kerja di dalam bangsal yang banyak tertangguh. Beg sepatutnya selepas dituai terus ditutup untuk mengelakkan diserang penyakit. Saya kena lebih berjaga-jaga selepas ni. Biasalah, bukan sengaja tapi masa tidak mengizinkan. Jam 9 baru saya sempat keluar dari farm. Itu pun saya singgah ke Kolej Dar Al Hikmah di Sungai Ramal untuk menghantar beg cendawan yang dipesan oleh seorang kawan saya yang bekerja sebagai pensyarah di sana. Malam tadi juga, dia ambil 20 paket 200 gram untuk dijual di sana.
Saya sampai UKM tadi jam 9.30 lebih kurang. Terpaksa bersesak-sesak bermula dari bulatan di Seksyen 15. Lepas tu mencari parking lagi. Ramainya orang. Saya hanya sempat berada di dalam dewan lebih kurang sejam. Malas menunggu. Lagipun bukan saya tiada pengalaman konvo utuk merasa betapa terujanya majlis konvokesyen. Tapi tak teruja-teruja pun, saya juga terharu dan hampir mengalirkan airmata apabila raptai yang berlangsung diiringi lagu konvo membuat saya terkenang tentang sesuatu. Apa dia? Akhirnya saya konvo juga selepas 4 tahun.. hehehe...
Saya akan ke farm balik sekejap lagi. tak boleh ditinggalkan lama-lama diorang tu. Nanti apalah diorang buat kat farm tu. Dah la hari tu diorang bagging tak cukap padat. Lagi satu saya ingin bertanya pada sesiapa yang tahu. Apa sebab tangan kebas? Sudah hampir 2 minggu jari-jemari di tanagn sebelah kiri saya kebas. tangan kanan terasa tapi kurang. tapi tangan kiri memang terlalu kebas. sampai saya merasa amat tidak selesa bila terpaksa bekerja menunggunaka tangan kiri.
Lupa, satu perkara lagi. Saya agak sedih... Ayah tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen saya. Dia tidak sihat. Semoga dia cepat sihat. Moga Allah lindunginya selalu. Dan ni juga bermakna saya tiada pilihan lain, baju konvo sib baik mak cd jahit. Tq yer cd...
Jem...

Dalam dewan tadi...

Lautan manusia...

Tempat saya konvo ahad ni...

Ni motor yang menarik perhatian saya tadi. Buat saya tergelak... :)

Comments
congrate!!
do d best in ur life..
watever pOn..idop bia sodap.hehe