Dah lama saya tak masukkan info berguna dalam blog mak tani saya ni. Sebenarnya saya dah taip lama post ni tapi gambar takde jadi saya tak publish lagi. Tadi saya dah ambil gambar jadi saya sambung kisah ni hari ni.

Serangan serangga perosak seperti di dalam gambar di atas tu merupakan antara masalah utama penanaman cendawan. Nama saintifik ataupun nama biasa bagi serangga ni saya masih belum mendapat maklumat mengenainya. Bertanya pada orang yang sudah bertahun buat pun belum tentu tahu namanya. :) Nanti lah saya cuba tanya pakar serangga kat UKM.
Bila serangga ini mula berkumpul pada insang cendawan, ia akan memberi masalah pada kita sewaktu proses pembungkusan. Apa tidaknya, kita terpaksa membelek satu-satu untuk membersihkannya dan memastikan serangga ini tidak hinggap pada cendawan tersebut. Sekiranya kita termakan serangga ni, rasanya belum ada masalah yang serius. Kira halal lah dah masuk dalam perut tu. Tapi untuk memberikan kualiti yang lebih pada produk kita, kita harus memastikan cendawan-cendawan kita tidak diserang serangga ni. Nanti tak bestlah, bila dah siap masak baru keluar kat dalam sup kita. hehehe...

Selain itu, antara sindrom-sindrom utama serangan serangga ni adalah - pada beg media yang maisiliumnya sudah tumbuh dengan baik, akar maisilium yang putih itu akan mula hilang dan yang kelihatan adalah habuk kayu semula (seperti gambar di atas). Dulu saya tertanya-tanya mengapa ada beg cendawan yang sudah putih di bawah, tapi di bahagian atasnya yang berdekatan dengan mulut cendawan atau cap kelihatan berwarna seperti masih belum diliputi oleh maisilium. Rupa-rupanya angkara serangga ini. Saya baru mendapat info ini hasil dari persoalan yang saya ajukan pada Mr Kuan, pengusaha cendawan di Semenyih. Beliau memang seorang yang ramah dan tidak lokek ilmu. Setiap kali berkunjung ke sana, tak pernah sekali saya tidak mendapat ilmu-ilmu baru dalam penanaman cendawan.
Sekian untuk hari ni. Esok saya update lagi info-info tentang cendawan. Banyak gambar-gambar yang saya ingin kongsi bersama pembaca blog saya. Terima kasih...

Comments