Gara-gara tidak cukup kukus, saya terpaksa membuang lebih 200 beg hasil daripada kukusan 3 tong pada pagi lebih kurang sebulan yang lepas. Saya baru sahaja mengasingkan beg-beg tersebut dari rak minggu lepas. Rasa sedih sangat. Iyelah sebab melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dipandang ringan. Masa tu saya kukus 3 tong dram. Saya siap tidur kat farm sebab nak menunggu untuk padamkan gas. Tapi semua gas kebetulan habis serentak pada pagi tu. Masa tu lebih kurang jam 2 - 5 am. Satu tong gas habis kul 2. Masih ada lebih kurang 2-3 jam ia perlu dikukus. satu tong dram lagi pun terpadam sebelum sempat 6 jam dikukus. Ada satu tong tu sempat saya kukus sampai 6 jam. Jadi saya ambil tong gas tu dan gantikan pada tong dram yang kehabisan gas yang pertama tu. Tong yang satu lagi saya kira halal je lah walau tak kukus sampai 6 jam. Dengan harapan, boleh la tu kot. Saya cuma sambung kukus untuk satu tong dram sahaja. Saya bangun jam 6 untuk tutup, gas tu pun dah terpadam. Tak pasti pukul berapa. Jadi yang ni saya kira halal jugak. hehehe...
nampak tak 2 ruang kosong tu? itulah tempat letak yang tak cukup kukus tu, semua habis!!!

proses pengasingan...

Beg-beg media yang rosak akibat tak cukup kukus saya asingkan pada suatu rak khas...

Tapi secara teorinya mana boleh ganti-ganti begitu. Waktu kukusan sepatutnya dikekalkan secara berterusan. Sebabnya, wap itulah yang akan membunuh kuman-kuman pada beg media. Jadi tak boleh nak main sambung-sambung. Kalau memang pun dah kukus 3 jam, gas habis. Tak boleh tunggu dalam 2,3 jam lepas tu untuk sambung kukus. Kena kukus terus. Itulah yang terjadi pada saya waktu tu. Oleh kerana pagi-pagi buta, jadi saya ambil tindakan yang tidak lojik itu. Sekarang siapa rugi? Saya jugak... Lepas ni kena hati-hati. Pastikan kukusan tidak kurang dari 6 jam secara berterusan. Kalau dah kukus 6 jam, memang confirm cukup. Kurang jam boleh, tapi pandai-pandailah sendiri buat eksperimen.

Saja letak gambar kat atas ni. Ni koleksi tong dram saya yang terbaru. Ada 5 bijik. Sekarang kapasiti pengeluaran beg sehari sudah mencapai 500 beg. Jadi saya memang memerlukan banyak tong dram untuk proses pengukusan. Nak beli steamer yang harga RM4k tu belum mampu. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki saya nak beli steamer dan juga mixer yang jumlah harganya adalah RM10k. Ada sapa-sapa nak derma tak? hehehe...

Comments
SKB
thanks yer... boleh saya tahu ni siapa? takdelah berani sangat.. tapi sebab dah tekad... lagipun nak tunggu makan gaji takde orang nak gajikan.. baik saya yang bagi orang makan gaji.. hehehe... jadi kena jadi bos lah.. :)
apaapajelah
sekadar idea,
MFR