30hb Ogos ni saya ada temuduga kat Agensi Nuklear Malaysia. Jawatannya Pegawai Penyelidik. Tak tahu lagi nak pergi ke tak. Tapi saya tak prepare langsung. Kesibukan di farm buatkan saya tak punya waktu untuk study pasal nuklear-nuklear ni. Tengok keadaan lah, kalau rajin saya pergi.
PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah Schizophllyum commune. Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir direndam di dalam air bagi membolehkannya mengemba...
Comments