Saya sekarang tengah menghitung-hitung untuk membuka gerai kat bazaar ramadan di dalam UKM di atas tapak pesta konvokesyen yang saya plan untuk membuka gerai dulu tapi tak jadi. Sewanya agak mahal dan saya memkirkan tentang pulangannya itu bakal menguntungkan atau tidak. Tapi itulah peluang saya berniaga kan?
Ada tapak dengan sewa RM400 tapi tanpa bumbung dan elektrik. Kalau berbumbung, RM1000 selama 3 minggu. Saya tak pasti lagi nak ambil yang mana satu. Apa yang nak dijual selain cendawan goreng pun belum difikirkan lagi. Tapak seluas 20 x 10... agak besar juga. Saya mungkin akan menggunakan tepung goreng Serunding teman forumer dari Bicara Jutawan sebab rasanya memang sedap sekali.
Dua hari lepas saya berpeluang berkunjung ke gerainya untuk membeli tepung tersebut. Sebelum ni saya hanya menunggu tepung dari Am Pontian yang akan berkunjung ke farm saya sabtu ni. Tapi kawan saya dari Melaka memerlukan tepung tersebut lebih awal untuk dijual pada pesta konvokesyen kolejnya. Jadi bila saya godek-godek topik 'tepung goreng cendawan' yang saya buka di forum bicarajutawan, saya ternampak Serunding mempromosikan tepungnya. Alhamdulillah dapat jugak bekalan tepung tersebut untuk dijual di sana. Jadi buat serunding, best la awak... sampai melaka dah tepung awak tu.. hehehe...
Serunding digerainya. Tengah tulis resit kat saya tu...

Sambil beli tepung, saya sempat jugak belajar cara-cara mengoreng cendawan goreng menggunakan tepung tersebut. Tidak jauh beza sekiranya menggunakan tepung kentucky tapi yang bagusnya ia tidak memerlukan telur. Jadi lagi menjimatkan lah. Dan rasanya memang ranggup padanlah dengan namanya cendawan goreng crispy. Belum sampai rumah, saya dah habiskan dua bekas polystrene yang Serunding bagi free kat saya hari tu.
Cendawan goreng crispy!

Cara nak buat...
Cairkan sedikit tepung dengan air. Jangan terlalu cair.

Cendawan yang sudah diracik-racik dicampurkan dengan tepung cair tadi dan pastikan tepung tersebut ia melekat pada cendawan.

Lepas tu baru lah tambah tepung yang kering dan pastikan cendawan tadi diseliputi oleh tepung. Sama konsep macam guna tepung kentucky. Cuma bila tepung kentucky kita salut pakai telur pastu baru guna tepung.

Pastikan minyak sepanas-panasnya dan goreng cendawan tersebut.

Ia perlu di balik-balik semasa digoreng. Jangan biar je gitu dalam minyak panas tu.

Pastu barulah angkat... pasti ranggup!!!

Thanks to Serunding aka fairuz... Pasti awak akan dapat bisnes besar lepas ni... :)

Comments