Skip to main content

Kisah 2 Hari...

Ayah...

Hari rabu haritu, hari saya update blog yang terakhir sebelum ni, saya terima panggilan telefon dari kakak saya. Masa tu saya masih di rumah kawan saya. Baru lepas makan. Kakak tanya, "Dah tahu ke ayah kemalangan!!!???,". Saya kaget... Saya tanya lagi, " Siapa yang kemalangan??". Kakak jawab... "AYAH!!! Ayah kat icu sekarang. Aku dah nak balik kampung ni.". Talian diputuskan selepas tu. Badan saya terus menggigil. Hanya airmata yang mengalir. Terus saya berkejar pakai tudung ambil beg dan sambil menangis saya bagitahu kawan saya apa yang berlaku. Dia cakap dia boleh hantar. Saya jadi buntu apa yang perlu didahulukan. Tadi saya tinggalkan farm dalam keadaan yang tidak berkemas. Dapur kukus masih diluar. Saya minta kawan saya hantarkan saya ke farm dulu. Saya kemaskan apa yang patut, kunci kerata dan terus ke rumah makcik. Saya maklumkan pada makcik tuan tanah saya balik ke kampung. Minta dia tolong jenguk farm saya sepanjang ketiadaan saya. Makcik ok dan dia kelihatan agak terkejut saat saya memberitahu yang ayah saya kemalangan. Waktu itu pun airmata saya masih mengalir.

Saya pulang ke rumah amik apa-apa yang patut. Cari tiket airasia tapi tak boleh beli untuk harini. Hanya untuk esok sahaja. Saya ketakutan memikirkan semua ni. Waktu tu jam 3. Mana ada bas balik ke Terengganu waktu ni. Saya fikir nak ambil bas lompat2 dari kuantan sebab bas ke kuantan ada tiap-tiap jam. Tapi paling cepat saya boleh sampai Pudu pun jam 4.00 petang. Kalau dapat bus 4.30, saya hanya sampai jam 8.30 malam. Macam mana kalau tiket tak ada. Jadi saya amik keputusan ke Putra sahaja. Kawan saya hantar saya ke komuter. Dalam perjalanan ke Hentian Putra, baru saya boleh bertenang sidikit walau airmata masih mengalir. Saya call adik saya Izati. Saya tanya keadaan ayah. Ayah masih di dalam. Rupanya dari pagi dalam jam 9 kemalangan tu berlaku. Tapi bukan kemalangan kereta seperti yang saya sangka. Tapi... ayah saya terkena mesin pemotong kayu. Habis lengan kirinya terbelah. Urut-urut putus dan terjulur keluar saat kemalangan tu berlaku. Mesin tu belah lengan kiri ayah secara menegak. Itu yang buatkan urat-urat putus. Saya sedikit lega sebab adik bagitahu ayah sedar sewaktu perkara tu berlaku.

Sampai Hentian Putra saya beli tiket. Dan saya perlu tunggu 6 jam untuk naik bas tu sebab tiket saya jam 10.30 malam. Ketakutan, kegusaran, kegigilan yang saya rasa mula berkurangan walau saya masih bimbang. Saya doakan ayah selamat. Saya tak nak kehilangan seorang lagi selepas saya hilang kasih sayang seorang mak 16 tahun yang lalu.

Alhamdulillah segalanya selamat. Ayah keluar dari bilik rawatan kalau tidak silap saya petang dalam jam 6. Ayah ok, boleh bercakap. Tangannya berbalut dan nampak bengkak. Kakak saya telefon sewaktu saya masih di Hentian Putra. Katanya, ayah tidak ditahan di wad. Boleh terus pulang ke rumah. Dan ayah tahu saya akan pulang dan dia pesan pada kakak saya tak perlu balik. Dia ok. Tapi tiket dah dibeli. Takpelah, saya hendak balik juga jenguk ayah. Hati saya lega sepenuhnya... Semoga Allah panjangkan umur ayah dan jauhkan beliau dari sebarang kemalangan...

Suatu yang saya tidak nyatakan pada semua orang, saya sudah fikirkan sesuatu yang buruk berlaku pada ayah sejak dari pagi. Entahlah kenapa. Tapi saat tu yang saya ingat, saya bingung apabila saya bergaduh dengan sms dengan seorang kawan rapat saya. Saya taknak fikirkan tentang hal tu lagi. Semoga ia tidak berlaku lagi di masa akan datang.


Bangsal Cendawan FAF di Kampung Binjai Bongkok


Sampai pagi tu saya sembang-sembang dengan ayah. Sambil tanya-tanya apa yang berlaku yang bawa kecederaan tu pada dia. Rupanya ayah tengah bertukang kat kedai baru yang dia tengah renovate. Dulu ia rumah dua pintu. Tapi ayah saya nak buat kedai kat situ. Satu pintu je yang diubah jadi kedai. Rumah sebelah masih ada penyewa. Di belakang kedai tu lah, bangsal cendawan yang tengah dalam pembinaan. Ayah cakap atap dah siap pasang. Jadi dia tanya saya apa barang-barang yang perlu dibeli lagi. Dia bercadang nak start projek cendawan ni lepas raya haji ni. Banyak juga plan dia. Ayah saya ni memang macam-macam. Kadang-kadang akal dia pun panjang juga. Tapi plan tu saya rahsiakan dulu lah. Nanti dah jadi baru saya bagitahu.

Ayah bagitahu juga, ramai kawan-kawan dia tanya nak berkursus dengan saya. Ayah saya ni benda belum siap lagi tapi dah ramai dia bagitahu. Maknanya strategi pemasaran dia bagus la kot. hehehe... Tapi banyak yang kurang lagi kat bangsal tu. tempat nak bancuh, suntik, stor semua belum ada. Tapi saya fikir macam ni je. Mungkin rumah kedai yang ayah saya tengah siapkan tu boleh buat tempat untuk itu semua. Jadi tak perlulah keluarkan kos yang tinggi untuk tambahkan perkara-perkara yang masih tak cukup tu.

Lepas sembang-sembang saya ajak kakak ke tapak projek tu. Adalah saya ambil sikit gambar. Tapi tak dapatlah nak letak lagi kat sini. Nanti kakak saya dah poskan kabel ataupun masa dia hantar laptop baru saya leh masukkan gambar-gambar tu. Masa saya pergi pakcik nubi yang pasang atap tu ada. Semalam la dia buat masa ayah saya kena tu dia pun ada kat sana tapi dia sendiri tak tahu sebab perkara tu berlaku sangat pantas. Dia sedar-sedar, ayah saya dah takde kat tempat ayah buat kerja tu. Dia bagitahu, atap nipah tak cukup. Banyak yang dah rosak. Iyelah sebab ayah saya dah beli atap tu 6 bulan lepas tak silap saya. Betullah kan. Saya pernah tulis kat blog ni yang atap semua kat kampung dah ada tapi saya kat sini sibuk2 cari atap.

Saya tengok kat belakang bangsal tu masih ada lagi atap. Pakcik Nubi pun pergilah tengok. Pilih punya pilih, ada lagi atap yang ok. Tapi banyak yang dah rosak. Sayang betul. Kalau nak buat satu bangsal kecik pun, memang cukup lagi atap-atap yang rosak tu. Rangka untuk bangsal bersaiz 20x20 tu ayah saya yang buat sendiri. Pakcik nubu cuma buat kekuda dan pasang atap. Ayah pun memang dah tak larat nak panjat tinggi-tinggi. Sekarang dah jadi macam ni lagilah susah dia nak buat kerja. Banyak lagi tak siap. Kan bagus kalau saya buat projek ni kat Terengganu. Boleh la saya belajar bertukang, boleh tolong ayah. Saya no problem punya lah.

Permohonan ayah saya kepada Risda untuk tanam kelapa sawit kat tanah bekas ladang getah seluas 2 hektar yang yah baru beli dekat Kuala Berang tu dah diluluskan. Tak silap nanti dapat bantuan RM7 ribu untuk 1 ekar. Ayah cakap, entah siapa nak usahakan nanti. Dalam hati saya... kalau saya kat sana, boleh juga saya uruskan kalau mampu. Takpun saya buat projek cendawan je kat sana. Tapi saya sayang sangat untuk tinggalkan apa yang saya usahakan di sini. Mungkin akan datang, saya akan pulang juga ke kampung untuk usahakan tanah ayah. Sebab takde adik beradik lelaki saya yang berminat untuk buat kerja-kerja macam tu. Tak tahulah kalau adik lelaki saya yang kerja kat kedai kat kampung tu berminat suatu hari nanti. Ada jugak yang boleh tolong ayah.

Apa-apapun... semoga projek FAF kat sana berjalan lancar... InsyaAllah

Lawatan ke Ladang Lutfi Paloh

Tengahari selepas berehat seketika saya ke tempat Lutfi untuk melihat perkembangan terbarunya. Pertama kali saya datang ke tempat barunya dulu, ia masih dalam pembinaan. Sekarang, sudah banyak beg-beg media bangsalnya. Jualannya juga sudah mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Bangga saya melihat hasil usaha orang melayu sendiri. Lagi-lagi dia juga muda dari saya. Alhamdulillah.. semoga perniagaannya
berkembang maju.

Saya ada gambar untuk dikongsi memandangkan digicam sudah saya perolehi semula. Tapi laptop kakak saya masih belum saya ambil sebab dia nak guna lagi. Guna laptop kawan saya ni tak boleh baca pulak memori kad. Nanti saya masukkan k.

Comments

Anonymous said…
salam fatisya.... awk nye kg kat binjai bongkok bkt pyg ker....sye duk situ jgk...sye dlm proses usahakn cendawn jgk tp slow2 jek coz modal ciput...nt leh la sye p mlawat bangsal awk ek....

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi