Skip to main content

Kisah Yang Panjang....

Maaf sekali lagi sebab lambat update. K lah saya bagitahu sebab pe saya jarang online.. Sebenarnya telefon saya kena potong.. hehehe… masuk bulan ni dah 4 bulan la saya tak bayar… Dulu saya tangguh-tangguhkan nak bayar sebab rasa nak dahulukan bayaran benda lain yang urgent.. Last-last bila bil dah melambung campur dengan internet lagi, saya dah tak mampu nak bayar lagi.. InsyaAllah tak lama lagi saya sambung balik sebab ada banyak benda dalam kepala saya sekarang fikir bila saya dah mula dapat internet balik. Semua tu untuk dapatkan modal lah.

Nampaknya iklan RP saya menjadi juga. Ramai yang bagi respon untuk mendapatkannya. Tapi mungkin bayaran tu jadi bebanan bagi sesetengah orang. Tapi ada juga yang sanggup membayarnya. Dah beberapa orang yang membelinya setakat ni. Setiap kali saya jual, setiap kali tu juga saya update yang terbaru dalam RP tu. InsyaAllah saya akan perbaiki dari semasa ke semasa. Di masa akan datang saya akan buat secara detail yang tepati piawaian bank supaya saya boleh up lagi harganya.. hehehe… RP saya tu agak ringkas dan tidak berapa lengkap. Sebab tu saya jual takde lah sampai ratus-ratus macam RP biasa. Sekadar panduan bagi sesiapa yang nak kenal apa itu RP boleh la. Juga secara ringkas bajet untuk memulakan suatu projek tanaman cendawan dengan bajet lebih kurang RM50k, nak tahu apa barang-barang yang diperlukan untuk projek cendawan juga boleh baca RP saya. Siap ada harga lagi. Kalau RP dulu yang saya bagi free tu saya hentam saja harganya. Kalini itu harga yang betul. Harga pasaran lah.

Untuk mendapatkan lagi modal bagi meneruskan kelangsungan projek tanaman cendawan saya ni juga, saya ada projek baru iaitu E-book. Saya mungkin akan cuba buat e-book ni dalam bulan November ni. Saya akan buat yang terbaik untuk projek ni. Dengan pengalaman saya yang merasa susah payah menjadi seorang penanam cendawan sepenuh masa, semua itu akan saya dedikasikan dalam e-book pertama saya ni. Saya ada juga mintak tolong kawan buatkan. Tapi mungkin saya akan cuba buat sendiri je. Lagipun apa guna saya pernah bergelar seorang penulis di majalah kan? Hehehe… tu kisah lama. Tapi saya memang suka menulis, sebab tu saya suka update blog bila ada cerita. Tapi sekarang dengan bebanan kerja di farm saya yang selalu buat saya susah hati, saya dah jarang dapat online. Lagi-lagi saya perlu ke cc untuk tu. Dan juga dengan ketiadaan laptop dan juga digicam yang selalu saya gunakan dulu, lagilah susah saya nak update blog. E-book ni saya nak buat selengkap yang boleh. Ada gambar yang lengkap, cara atasi masalah, penggunaan EM dan juga segala-galanya lah yang saya tahu tentang cendawan ni. Semua dah ada dalam kepala, gambar ada banyak, Cuma tunggu masa saya rajin menaip je. Kalau ada mood menulis yang baik, saya boleh mengadap pc menaip sampai 5,6 jam. Tapi Kalau takde mood, memang tak boleh menaip langsung. Buka pc pun malas.

Bagi yang pernah ke farm saya sejak selepas raya ni, pasti tahu betapa susah hatinya saya melihat keadaan farm saya. Tidak terurus. Dengan beg-beg rosak yang tak dikeluarkan dari farm, tu semua buat saya lagi pening. Kadang-kadang tu bila saya datang farm untuk buat kerja, saya termenung, terduduk… Kepala saya tak henti-henti berfikir macam mana saya nak atasi masalah farm saya ni. Masalah utama saya adalah modal. Itu sahaja. Kalau ada modal pasti saya takkan termenung dan lakukan sesuatu. Tapi bila fikir modal habis, rugi dah banyak, saya jadi buntu. Hari sabtu lepas, dengan sedikit wang yang ada, saya mengupah orang untuk mambantu saya. Dengan tenaga 3 orang lelaki dan juga tenaga saya lah, lebih kurang 3k beg rosak yang berbaki di dalam berjaya dikeluarkan dari bangsal. Sekarang, 10 rak terakhir di bahagian belakang yang dahulunya penuh kini kosong! Jumlah beg yang masih tinggal sekarang adalah lebih kurang 6k sahaja. Itu termasuk lebih kurang 1k lebih beg yang rosak di bahagian hadapan dan juga beratus-ratus beg yang sudah lebih 6 kali pusingan yang menanti untuk dibuang . Jadi yang betul-betul elok sebenarnya tidak sampai 5k pun. Nak tunjuk gambar terbaru memang takde sebab saya dah takde digicam lagi. Tapi ni gambar yang saya ambil masa bulan puasa haritu. Masa ni pun dah hampir kosong juga sebelah.

Saya sebenarnya sudah mula membuat kerja-kerja parttime. Tempatnya di Seri Utusan. Tempat cetak paper tu lah. Itu semua bagi menampung sedikit perbelanjaan saya. Dulu sebaik sahaja saya habis berniaga di pasar Ramadan, saya bergegas ke Utusan. Sempat la saya kerja kat sana 3 kali masa bulan puasa haritu. Macam nak patah baju kerja kat sana. Lepas raya ni pulak, kalau sepanjang minggu lepas 5 hari saya kerja kat sana. Minggu ni belum dipanggil lagi. Tapi tu tak tetaplah. Seminggu kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Tapi sekarang mungkin dah takde lagi. Ada pekeliling terbaru. Mungkin diorang akan ambil dari kalangan famili utusan sahaja. Jadi orang luar tak boleh lagi. Jadi kena lah fikir alternatif lain bagi cari duit.

Kerana dah fikirkan tiba masanya untuk saya buat pinjaman, saya isi borang MPEB sebelum bulan puasa haritu. Tahukan MPEB tu apa? Yang iklan ‘kami bukan along, kami hanya mahu tolong’ tu lah. Majlis penggalakan ekonomi belia di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB). Khamis lepas saya dipanggil untuk ujian saringan di Kompleks Rakan Muda Daerah Petaling. Tapi saya pilih untuk guna fast lane. Pemberi taklimat ujian tu bagitahu, kalau sesiapa yang dah mulakan perniagaan, pernah ke kursus usahawan, ada sijil perniagaan, boleh guna fast lane tak payah test-test lagi. So saya guna je fast lane sebab saya mengenangkan seorang kawan saya yang dah lulus ujian saringan ni yang pergi test sebelum saya isi borang lagi tapi sehingga kini masih belum dipanggil untuk kursus RP tu. Jadi baik saya guna fast lane je sebab saya menepati kriteria tu.

Masa bulan puasa haritu saya ada bagitahu kan saya jual beg cendawan. Ni sedikit gambar untuk dikongsi bersama. Kenangan tu.. hehehe.. first time orang beli banyak-banyak dengan saya. Lepas ni, kalau ada yang nak beli lagi saya mungkin jual sikit-sikit je. Tapi kalau banyak dah tak jual kot. Saya nak guna sendiri sebab saya dah tak nak beli-beli lagi cendawan. Untung tak banyak. Sejak seminggu dua ni lepas raya, saya hanya pernah beli 2 kali je. Yang lain-lain saya jual cendawan sendiri. Jadi dapatlah rasa duit masuk sikit. Kalau tak dulu, saya rasa macam rugi je pulak sebab fikirkan duit minyak lagi nak pergi ambil. Tapi kalau ada permintaan tinggi saya terpaksa beli juga sebab sekarang farm saya hanya mengeluarkan cendawan maksima 5 kg sehari. Saya buka 2 petak sehari. Satu petak ada lebih kurang 60 beg. Dengan beg yang saya ada sekarang, saya boleh buka paling banyak pun 400 sehari. Tapi saya tak buka selalu lah. Kalau ada tempahan baru saya buka banyak-banyak. Marketing saya tak rancak lagi. Sebab saya masih pening pasal farm. InsyaAllah kalau farm dah ok, bila hasil boleh dituai 10 kg paling kurang sehari, saya memang kena start buat marketing balik.

Pernah masa bulan puasa haritu pelanggan saya tak jadi beli cendawan yang dia tempah. Jadi ada lebihan cendawan yang banyak. Risau saya dibuatnya sebab saya buka 2000 beg! Tapi kebanyakan beg tu saya buka untuk kali yang pertama. Dicampur dengan beberapa ratus beg yang sudah lebih 5 kali tuaian. Jadi saya dah agak mesti yang keluar kurang dari jangkaan. Salah saya jugak. Sebab cendawan saya tu 6 hari baru betul-betul besar. Bukan 5 hari. Memang ada yang 3 hari dah besar, tapi tak semua lah. Sikit saja. Hari ke-5 pun tak banyak lagi. Hari ke-6 memang baru betul-betul ok untuk dituai. Mungkin juga sebab saya selalu buka lewat. Anatar tengahari atau petang. Kalau buka awal-awal pagi 5 hari dah besar rasanya. Orang tu datang ambil hari ke-5. Jadi dia ambil apa yang ada je walau dia berniaga 2 hari. Saya tanya kawan-kawan sini sana untuk jual cendawan. Dah la itu 4 hari sebelum balik raya. Kalau tak raya tak pe boleh jual lagi. Hasil yang saya dapat tak banyak pun dari 2000 beg tu sebab tak semua beg yang keluar. Masa hari ke-5 saya dapat hampir 10 kg. Hari ke-6 12 kg. Hari ke-7 lebih kurang 5 kg. Saya hanya tutup cap semua beg pada hari ke 8. Hari tu pun masih ada hasil lagi juga lebih 3 kg. Saya ingat nak bawa bali kampung untuk buat soup creamy, tapi ada juga yang datang membelinya haritu. Tujuannya sama juga, bawa pulang ke kampung. Saya hanya dapat bawa balik 2 pek saja. Hari ke-8 tu hari khamis saya dah tak berniaga lagi kat pasar ramadan. Saya amik masa untuk kemaskan farm, cuci apa yang patut. Malam tu saya balik kampung. Masa hari yang ke-5 dan ke-6 tu, saya tak berniaga kat pasar Ramadan sebab hujan dan juga hari pasar malam. Itu lagi satu cabaran buat saya lah sebab kalau tak, saya boleh gunakan lebihan cendawan tu untuk digoreng. Tapi tak dapat juga nak buat. Alhamdulillah, kawan-kawan saya yang kerja di Putrajaya banyak membantu tolong jualkan. Habis semuanya 12 kg hasil tuaian hari ke-6 tu. Lepas hantar pada pelanggan kat Putjaya, Arifin ajak bergambar kat Tasik Putjaya.. so pergilah... Kalau takde dia.. tak tahulah pe nak jadi ngan projek cendawan saya.. Dia memang terlalu banyak membantu.. Kadang-kadang gaji pun saya tak bayar...

Masa hari rabu, hari ke-7 tu lah, saya hampir-hampir tak pergi berniaga kerana sejak hari ahad hujan turun setiap petang. Tapi saya gagahkan juga pergi seorang diri tanpa Arifin yang awal-awal sudah cakap, tak payah jualan lah nanti hujan. Berbekalkan harapan hari tak kan hujan agar boleh saya kumpul sedikit wang untuk balik beraya. Dan tak sangka, jualan cendawan hariitu memang agak bagus. Sampai saya terpaksa telefon Arifin untuk datang membantu. Dengan kuih rayanya yang juga dapat dijual berbalang-balang tidak seperti hari sebelum ni. Saya juga bawa sekali cendawan segar berbelas-belas peket untuk dijual memandang banyak juga cendawan yang dituai haritu. Bila saya tutup gerai, hanya satu je yang tinggal. Bukan saja dapat dijual segar, malah saya menggunakannya untuk digoreng kerana cendawan yang saya khaskan untuk digoreng habis digoreng. Jadi, hari-hari terakhir Ramadan sahajalah yang bagi saya sikit pulangan walau jualannya tidak banyak.

Sebabnya sebelum ni, setiap minggu lebih 80% cendawan yang saya goreng, saya membelinya dari orang lain untuk berniaga di pasar ramadan. Memang pulangannya sedikit sahaja. Saya ni pun kadang-kadang silap strategi. Sebab tu untung hasil jualan cendawan gorang tidak banyak. Habis membayar sewa tanah, gaji Arifin dan sewa rumah sahaja. Salah satu sebab saya tidak membuka terlalu banyak beg ialah ia didorong oleh perasaan takut bagaimana kalau saya buka beg tapi cendawan tidak terjual? (Saya sebenarnya sudah merancang dan mula membuka beg sendiri untuk jualan pada bulan Ramadan. Tetapi terlalu banyak beg rosak dan saya tidak mengasingkannya dulu sebelum membuka. Jadi beg elok bercampur dengan beg rosak. Hasilnya kurang. Jadi saya terpaksa juga membeli dari orang lain. Sewaktu saya membuka beg 2000 untuk tempahan orang tu, saya sudah mengasingkan semua beg-beg rosak dan yang tinggal hanya beg yang elok sahaja. Sebab tu hasilnya banyak walaupun tidak berapa menepati ramalan tentang pengeluaran hasilnya). Sekarang saya tak boleh lagi fikirkan pasal tu. Sebab ia merugikan diri saya sendiri. Pasti ada cara untuk habiskannya. Rahsianya senang sahaja. Jangan malu bertanya dan mendesak. Itu sahaja. Sehingga saya juga terpaksa mendesak pelanggan-pelanggan saya untuk meminta mereka membeli dengan kuantiti yang banyak. Hehehe.. terpaksa beb…. tetapi mendesaklah dengan cara yang berhikmah…

Biarpun satu kelebihan menanam cendawan ni ialah kita dapat mengawal hasil pengeluarannya, tapi JANGAN sekali-kali guna kelebihan tu sebagai salah satu cara untuk kita lari dari cabaran. Sebabnya… kalau kita takut hadapi cabaran, kita takkan belajar untuk tebalkan muka bertanya situ sini, jaja barang jualan kita tak kira lah apa pun barang yang hendak kita jual. Saya ni pemalu. Itu saya cukup pasti. Malu tak bertempat. Susah! Jadi saya perlu mengikis sikap tu untuk berjaya. Doakan kejayaan saya yer kawan-kawan semua. Semoga projek korang juga berjalan lancar. Panjangnya saya menulis harini. Itu cerita untuk 2 bulan jadi sedikit panjang. Terima kasih sebab membacanya sampai habis….


(gambar2 dalam proses nak masukkan...)

Comments

Anonymous said…
Pada pendapat sya, fatisha perlu cari seorang partner utk pastikan bisnes cendawan ni berjalan lebih lancar. Memang kalau semuanya buat sorang2 lama-lama "pancit". Mungkin boleh pertimbangkan saya sebagai salah seorang daripada partner tersebut. Gabungan pengetahuan berbeza latar belakang dan pengalaman.
Zamlan said…
kepada Fatisha,

Nampaknya kita sedang merancang membuang perkara yang sama, E-book! Sebenarnya saya dah start tulis separuh, tapi tak taula bila boleh siap sebab masa terlalu tight. Dalam tu saya tulis bagaimana nak mulakan projek cendawan berdasarkan pengalaman Chini Agro sendiri. Saya pun dapat ilham tulis ni dari Cendawan Global.
Mungkin cara ni kita boleh meriahkan lagi industri cendawan kat Malaysia ni, InsyaAllah...

Lanchini
Chini Agro
senawangtimes said…
emmm... macam menarik ajerkan business nih... kali nk jv macam maner?

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi