Nampaknya apa kata orang tentang em saya dah mula percayakannya.. :) Dulu saya tak pernah gunakan em, jadi saya tidak dapat bagitahu orang tentang keberkesanannya. Sekarang bila dah buat sendiri baru saya tahu la. Sekarang saya dah buat semua beg saya dengan menggunakan em. Dan hasilnya, dalam masa 2 minggu beg-beg media saya sudah mencapai separuh daripada beg putih! Jadi dalam sebulan ia akan putih sepenuhnya. Tapi jangan salah sangka. Ramai yang tertukar antara putih sepenuhnya atau matang. Beg-beg media saya dengan campuran em dijangkakan matang kurang dari 45 hari. Tidak seperti 2 bulan seperti beg-beg sebelum ni.
Ada beg yang tidak sampai seminggu suntik dah suku penuh. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri di farm saya lah. Saya dah ada bukti. hehehe... Saya nak letak gambar pun kabel takde lagi. InsyaAllah saya akan balik rabu ni untuk amik laptop dengan kabel. Semua ni persiapan untuk kursus dan juga ebook. Ebook saya dah siap cuma gambar belum masukkan lagi. Saya tak nak buat ebook yang biasa, tapi ebook yang berisi, lengkap dah memuaskan hati pembaca. Jadi baik saya buat lama sikit dengan hasil yang terbaik.
Sejak buat beg balik seminggu dua ni, saya dah buat 2000 beg lebih. Atau dengan angka lebih tepat 2111 beg. Sebelum akhir bulan ni saya akan buat lebih kurang 3000 beg lagi. Tapi ia agak meletihkan sebab kebelakangan ni saya hanya buat seorang. Jarang saya upah pembantu sekarang walau sekarang ni senang sangat nak cari pekerja. Satu hari saya kukus paling kurang 2 tong. Tapi biasanya 3 tong. Kadang-kadang tu 4 tong. Tapi bukan hari-hari la. Kalau tak habis dah saya. Sekarang pun berat badan dan nak cecah 50 kg. Dulu sebelum saya buat cendawan berat saya dekat 60 kg. Jadi sesiapa yang nak kurus secara semulajadi saya cadangkan tanam cendawan lah.. :)
Sekarang saya sedang nak menyiapkan tempat untuk kursus yang dijangka diadakan pada 5-6 Januari 2008. Poster dan broucher sedang dalam proses untuk disiapkan. Tapi detailnya akan saya letak disini selepas entry ni.
Jangan lepaskan peluang ni. Kursus saya lain dari yang lain. Sebab yang mengajarnya saya la... :)

Comments