Skip to main content

Kembali...

Semalam jam 2 pm saya menaiki bas dari Hentian Puduraya untuk balik ke Kemaman Terengganu. Tujuannya satu je, ambil laptop untk memudahkan urusan projek saya yang agak banyak sekarang. Kakak saya baru berpindah ke sana. Dulu dia tinggal di Kuantan. Nasib baik saya sempat bas jam 2 tu. Kalau tak, tak mungkin lah pagi ni saya dah sampai kat Bangi semula. Hampir-hampir juga saya tidak sampai ke Kememan kerana banjir yang melanda pantai timur sekarang. Mula-mula bas melalui jalan biasa kerana khabar yang mengatakan Lebuh Raya Pantai Timur di tenggelami air. Bila sampai ke jalan lama Karak-Kuantan lain pula ceritanya. Di sini pun tenggelam. Bas terpaksa berpatah balik melalui LPT dan alhamdulillah, sebelah jalan masih boleh dilalui air.

Sampai di Taman Geliga sakti lebih kurang jam 8 lebih. Dan saya naik semula bas untuk pulang ke Bangi jam 1 pagi. Saya sampai ke FAF jam 6 pagi tadi. Lepas siram terus saya balik rumah. Saya pasang internet dan online sampai la sekarang.

Housemate saya ada buatkan cream of mushroom. Semalam dia sms saya suruh balik makan. Tapi saya cakap esok pagi lah saya akan makan sebab waktu tu saya dah kat Kemaman. Ni gambar sup tu :) cendawan ketul2 kat dalam tu saya yang tambah sendiri masa panaskan tadi :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dengan adanya laptop dan kamera ni, blog saya akan kembali bergambar macam dulu. Perkembangan terbaru akan diupdate secepat yang mungkin.

Ni saje nak letak.. saya jumpa satu lagi cendawan gergasi... Harapan saya pun setinggi itu juga...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments

Anonymous said…
rancak balik lah bisnes ...
Anonymous said…
hehehe.... semangat kena ada.. takleh putus asa... :)
Anonymous said…
ooooooOOOoo
Anonymous said…
apa yang oo tu lan?

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun,...

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)...

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengemba...