Beberapa minggu yang lepas, saya menerima panggilan telefon dari kampung. Tetapi saya tak sempat menjawabnya. Saya hubungi balik dan bercakap dengan adik. Rupanya ayah nak bertanya pada saya, bila mahu pulang ke kampung? Bangsal di sana sudah siap. Hanya menunggu saya balik. Bukan balik sekejap.. Balik terus ke sana... Ayah kata, nanti ayah akan tolong marketkan.. nak masuk Giant ke, nak masuk Mydin ke... boleh.. boleh.. Nanti ayah akan tolong carikan jalan nak masuk ke sana... Saya hanya senyum....hehehehe... Saya sendiri tak dapat berikan kepastian.
Saya ingat sangat pulang ke kampung. Sebenarnya dah lama saya tak balik ke kampung. Sejak ayah berpindah ke rumah baru di kampung kelahiran ayah, saya belum pernah lagi jejakkan kaki ke situ. Ayah dah sediakan saya satu bilik di rumah tu memandangkan hanya saya dari 14 orang adik beradik kandung satu mak dan satu ayah yang masih tinggal dan singgah di rumah keluarga sekiranya balik ke kampung dan satu-satunya adik beradik perempuan yang belum berumahtangga. Yang masih ada di rumah tu hanyalah adik beradik saya hasil perkongsian ayah dengan ibu tiri saya. Bas nak balik ke rumah baru ayah pun saya tak pasti lagi bas apa. Tapi saya mungkin akan balik menaiki kereta untuk test drive selepas kereta saya yang baru dijalankan top overhoul baru sahaja keluar bengkel 2 hari lepas. Ayah pun dah lama tanya bila nak bawak kereta balik kampung sebab sejak saya beli belum pernah lagi saya bawak balik. Kereta tu sebenarnya masih belum cukup syarat sejak kemalangan masa bulan puasa dulu. Banyak lagi saya kena baiki ni kalau mahu pulang dengan kereta tu.
Sejak buat kursus saya belum sempat lagi nak balik. Mungkin minggu depan saya akan balik kampung kerana ada projek besar saya nak bincang dengan ayah dan minta persetujuaan beliau. Selain tu, mungkin boleh tolong sediakan apa yang patut untuk persediaan projek di sana. Tanpa saya pun, ayah pasti boleh kerjakannya dengan bantuan adik-adik. Tapi kudratnya tidak seperti orang yang masih muda. Usianya sudah menjangkau 66 tahun bulan depan (mengikut tarikh lahir dalam ic. Tapi ayah bagitahu jabatan pendaftaran letak je tarikhnya sesuka hati). Tetapi memikirkan tentang projek saya di sini yang semakin berkembang, saya tidak dapat ambil cuti yang lama untuk balik.
Kalau lah saya ada kekuatan untuk pulang ke sana. Teruskan dengan projek di sana secara terus. Tanah ada, rumah ada, keluarga ada... tiada apa yang perlu saya risaukan. Tapi saya cukup suka suasana di sini. Ada sesuatu yang mengikat saya di sini. Hidup di pinggir bandar yang aman seperti BBB ini, walau saya bukan jenis suka berpoya-poya atau membeli-belah di shoping kompleks yang bersepah-sepah di Lembah Kelang. Kalau ditanya, bila kali terakhir saya membeli seluar baju pun saya boleh lupa (Baju saya ingat sebab kakak saya suruh saya beli baju baru sebelum kursus yang lepas. yelah tengok saya dah lama tak bertukar ganti baju). Sebab dah terlalu lama saya tidak membelinya. Baju kurung saya ingat sebab saya hanya buat baju kurung bila waktu raya sahaja. Tapi tahun lepas pun saya tak buat baju raya. Saya guna baju yang saya tempah untuk majlis konvokesyen master saya dulu. Saya juga bukan jenis yang kerap berjalan sana sini. Sejak menjalankan projek cendawan ni, dunia saya hanya berputar di sini. Tidak pernah saya keluar dari negeri Selangor ni hatta balik ke kampung di Terengganu sekalipun. Kali terakhir saya balik pun kerana kemalangan yang menimpa ayah. Selain itu saya keluar dari Selangor ni kerana memenuhi jemputan kahwin itupun hanya pada kawan baik sahaja.
Saya ada projek besar yang saya ingin jalankan di Terengganu. Tapi saya tak dapat pulang ke sana kerana projek saya di sini perlu diteruskan kerana saya tahu peluang di sini besar. Cakap apa sahaja, Lembah Kelang ini adalah lubuk emas yang perlu kita gali untuk mendapatkannya. Di Terengganu pun ada emas... lebih-lebih lagi di kampung yang saya punya tu.. hehehe.. Kampung 'Rusila' yang pernah mendapat gelaran Lubuk Mandi, tempat menggali emas berbelas tahun yang lalu. Seingat saya ia juga lubuk berdarah kerana ramai yang mati tertimbus sebab menggali emas. Selain itu faktor modal juga jadi halangan saya pulang ke kampung. Ada sesiapa berminat menanam modal di sana? Di Terengganu saya ada tanah, rumah kedai, bangsal yang sudah siap dan segalanya. Sekarang hanya perlu modal untuk mulakan operasi di sana. Sekiranya ada graduan yang berminat untuk usahakan projek ini di Terengganu di tapak projek saya di sana, boleh hubungi saya untuk berbincang. Saya serius dan saya juga memerlukan seorang yang serius untuk tujuan itu. Apa-apa pun tunggu dan lihat tentang perkembangan di sana. Adios!
Bangsal dengan atap nipah... kali terakhir saya balik ini la rupanya...
Suasana redup....
Rumah baru ayah... ada kedai juga di depan...
Ini rumah dua pintu sebelah rumah ayah tu. Ayah renovate satu untuk buat kedai. Di sinilah ayah saya kemalangan terkena mesin gergaji kayu.

Comments