Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

SALAM UNTUK SEMUA...

Maaf lah sebab terlalu lama menyepi... Sejak menguruskan FAF bersendirian masa didepan komputer menjadi kurang. Tetapi dah hampir seminggu saya mempunyai 2 orang pekerja yang berdedikasi. Sehinggakan steamer dan 4 tong dram saya sekarang jem sebab beg terlalu banyak nak dikukus. Bilik peram saya yang dah kosong minggu lepas dan terisi separuh dalam masa seminggu je. Ini perkembangan yang baik buat FAF. Nak menunggu saya seorang susah la nak penuh. Saya nak target nak penuhkan dalam masa seminggu dua lagi. InsyaAllah perkembangan 3 kursus yang belum diupdate ke blog akan dipaparkan secepat mungkin. Hari sabtu ni kursus kali ke 6 saya sendiri dan masuk ke 8 termasuk kursus anjuran kolej komuniti. Semoga perjalanan kursus saya berjalan dengan jayanya. Minggu ni saya tengah nak uruskan penghantaran sijil untuk kursus kali ke 3 iaitu kursus pada 16 - 17 feb yang belum diberikan sijilnya pada peserta kerana masalah printer haritu. Biasanya sijil diberikan pada hari kursus. Itulah satu-satuny
http://e-cendawan.blogspot.com/ http://tunas-alamagrotech.blogspot.com http://chiniagro.blogspot.com

Catatan Kursus Ke-5

Kursus kali ke - 5 anjuran FAF telah dijalankan pada 1 - 2 Mac 2008. Terdapat 8 orang peserta yang telah menyertai kursus pada kali ini. Kali ini semua peserta yang terlibat adalah lelaki dan seorang dari peserta berketurunan India. Selain itu, pihak FAF juga menerima penyertaan dari seorang pensyarah dari UITM Dungun, Terengganu. Jauh datang semata-mata nak belajar tentang cendawan. Beliau mendapat tahu kursus anjuran FAF ini adalah dari salah seorang bekas pelajar UITM yang menyertai program Tunas Mekar iaitu kawan yang saya kenali melalui Forum Bicara Jutawan hasil sembang-sembang mengenai cendawan sejak setahun yang lepas. Sampai sekarang jadi kawan baik dan dia juga membantu FAF pada kursus kali ni. Kursus berjalan lancar dan 3 orang peserta telah menyambung ke hari kedua. Oleh kerana kursus kali ini hampir-hampir dengan pilihanraya, topik sembang-sembang sewaktu rehat pun pasti tentang pilihanraya. Gempak jugak... Pada semua peserta diharapkan dapat mempraktikkan ilmu yang telah

PILIHANRAYA, RUSILA & ABANG

Pilihanraya dah berakhir… Gelombang baru bakal menanda Malaysia merujuk kepada keputusan mengejut pilihanraya kali ke 12 ni. Saya tak mahu memberi banyak ulasan tentang keputusan pilihanraya kali ni. Yang penting Malaysia terus aman dan makmur dan keputusan ini akan memberi impak yang baik kepada perkembangan sosio ekonomi Malaysia bagi segenap lapisan. Yang paling saya ingin lihat Pertanian lah. Lebih-lebih lagi di negeri Selangor ni. Harap-harap senang la nak mohon tanah nak buat projek pertanian.. :) Malam pengiraan undi tiba-tiba saya atau RUSILA… heheheh… Glamer kejap...jadi topik utama di TV3. Jangan keliru ia adalah sebuah nama kampung di Marang Terengganu. Negeri dan juga daerah kelahiran saya. Dan tiba-tiba semua orang luar dari Terengganu yang merupakan kenalan saya mula bertanya dan menyedari yang nama saya berasal dari nama kampung tersebut. Yang pasti ayah saya je yang tahu dari mana asal usul nama saya. Saya sendiri kurang pasti walau sudah banyak bertanya waktu kecil dul

PEMBETULAN

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN ANJURAN KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT DI FAF ADALAH SELAMA SATU HARI SAHAJA IAITU PADA 15 MAC 2008... SILA HUBUNGI PUAN NOORAZIAN (0124647712) UNTUK KETERANGAN LANJUT. HARAP MAKLUM...

2, 3 Minggu Yang Terlalu Memenatkan....

Sekarang saya di Terengganu. Tahu-tahu sajalah tujuan saya balik kampung. Sabtu ni hari mengundi jadi saya balik. Kalau tak balik nanti ayah marah. Kena tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Jadi balik sajalah. Kerana kehabisan tiket saya balik awal. Sekarang saya ada banyak masa nak menulis panjang walaupun seharian harini saya habiskan dengan tidur dan duduk dalam rumah sahaja. Tak kena matahari langsung saya harini. Putih sket. Hehehe…. Lama betul tak menulis panjang-panjang. Menulis tentang sesuatu yang saya lalui. Menulis itu hobi saya. Tajuk harini agak panjang. Banyak perkara yang ingin diceritakan. Banyak cerita yang tak tercoret di sini. Dua kursus yang terakhir pun saya tak sempat untuk buat ulasan. Semua ni kerana saya tiada pekerja lagi. Hidup saya makin sibuk. Penat. Terlalu penat!!! Sms yang saya terima kadang-kadang tak terbalas. Begitu juga dengan emel. Juga panggilan telefon. Quotation, invois dan macam-macam benda saya tak sempat buat. Rasa bersalah yang amat sanga