Skip to main content

SALAM UNTUK SEMUA...

Maaf lah sebab terlalu lama menyepi... Sejak menguruskan FAF bersendirian masa didepan komputer menjadi kurang. Tetapi dah hampir seminggu saya mempunyai 2 orang pekerja yang berdedikasi. Sehinggakan steamer dan 4 tong dram saya sekarang jem sebab beg terlalu banyak nak dikukus. Bilik peram saya yang dah kosong minggu lepas dan terisi separuh dalam masa seminggu je. Ini perkembangan yang baik buat FAF. Nak menunggu saya seorang susah la nak penuh. Saya nak target nak penuhkan dalam masa seminggu dua lagi.

InsyaAllah perkembangan 3 kursus yang belum diupdate ke blog akan dipaparkan secepat mungkin. Hari sabtu ni kursus kali ke 6 saya sendiri dan masuk ke 8 termasuk kursus anjuran kolej komuniti. Semoga perjalanan kursus saya berjalan dengan jayanya. Minggu ni saya tengah nak uruskan penghantaran sijil untuk kursus kali ke 3 iaitu kursus pada 16 - 17 feb yang belum diberikan sijilnya pada peserta kerana masalah printer haritu. Biasanya sijil diberikan pada hari kursus. Itulah satu-satunya hari sijil tidak disampaikan pada hari kursus tamat. Saya memohon ribuan kemaafan atas kelewatan. Teringat dulu masa saya join kursus pertama saya anjuran syarikat swsata seperti saya la. Kebetulan saya join kursus batch pertama syarikat tersebut. Sijil tak dapat pun sebab masa nak join pun tak diberitahu adanya sijil. Tapi sejak saya mendapat sijil semasa berkursus di UPM, saya terus minta sijilnya. Dan saya hanya mendapatnya selepas hampir setahun. hehehe... Saya join bulan Januari 2007 saya dapat sijil tersebut bulan November 2007. Lama kan? Tapi saya takde la niat nak buat macam tu. yang pasti sijil dah disiapkan dan tunggu unuk diprint dan dipos sahaja. Itu kerja saya semalam la.

Saya ada beberapa pengumuman untuk pengusaha cendawan yang berdekatan dengan tapak projek saya. Bukan apa-apa un just nak bertanya, kalau sekiranya mereka ada stok cendawan. Saya amat-amat memerlukannya. Anggaran minimun 10 - 20 kg sehari. Boleh la hubungi saya dan saya akan ambil sekiranya harga menepati apa yang saya nak sebab saya pun nak jual balik. Lagi apa yer, lupa lak saya... Nanti dah ingat saya bagitahu.. :) .

Satu lagi... Sesiapa yang memerlukan beg media cendawan, boleh la membuat tempahan atau hubungi saya untuk tujuan tu. Ada beberapa rakan pengusaha yang meminta jasa baik saya untuk menjualnya. Saya sendiri sekarang boleh hasilkan lebih kurang 8k beg sebulan. Jadi tak perlu menunggu lama sekiranya memerlukan beg media.

Itu sahaja dari saya harini. dah lama tak menulis ni biasala, selain pembaca yang tegur, big boss akan tegur juga. Jadi biasanya kalau dah kena tegur tu memang laju la saya update. hehehe.... Jadi, tegur-tegurlah saya... :)

Sebelum saya terlupa.... terima kasih yang tak terhingga buat BOB JUTAWANTANI kerana telah menukar rupa blog saya ni. Dah lama nak buat dedikasi tapi tak sempat. jadi sekiranya ada sesiapa yang memerlukan khidmat menukar rupa blog boleh la hubungi beliau. Pasti harganya berpatutan.. :)

Sekian terima kasih...

Comments

Anonymous said…
salam fatisha

tq for the credit..cukuplah tu saya cuba apa yang termampu jer. buat masa nie saya pulak sibuk sket..nantie ada masa kita borak nantie pasal bisnes lagi...okay choww..

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi