Skip to main content

2, 3 Minggu Yang Terlalu Memenatkan....

Sekarang saya di Terengganu. Tahu-tahu sajalah tujuan saya balik kampung. Sabtu ni hari mengundi jadi saya balik. Kalau tak balik nanti ayah marah. Kena tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Jadi balik sajalah. Kerana kehabisan tiket saya balik awal. Sekarang saya ada banyak masa nak menulis panjang walaupun seharian harini saya habiskan dengan tidur dan duduk dalam rumah sahaja. Tak kena matahari langsung saya harini. Putih sket. Hehehe…. Lama betul tak menulis panjang-panjang. Menulis tentang sesuatu yang saya lalui. Menulis itu hobi saya. Tajuk harini agak panjang. Banyak perkara yang ingin diceritakan. Banyak cerita yang tak tercoret di sini. Dua kursus yang terakhir pun saya tak sempat untuk buat ulasan. Semua ni kerana saya tiada pekerja lagi.

Hidup saya makin sibuk. Penat. Terlalu penat!!! Sms yang saya terima kadang-kadang tak terbalas. Begitu juga dengan emel. Juga panggilan telefon. Quotation, invois dan macam-macam benda saya tak sempat buat. Rasa bersalah yang amat sangat. Takut juga dikatakan sombong sedangkan saya ni nak berniaga. Sejak saya uruskan seorang semula farm saya, saya balik setiap hari dari farm 2,3 pagi. Kadang-kadang 4, 5 pagi. Nasib baik belum berkeluarga. Kalau tak nanti marah sang suami. :) Cendawan pun dah lama saya tak sempat hantar ke restoran. Saya hanya utamakan pada pelanggan yang sedia mengambil di farm dan pelanggan yang confirm amik tiap-tiap hari. Peristiwa yang terbaru, saya dimarahi pemilik restoran kerana kejap hantar kejap tidak. Kalau dulu saya hanya dengar je perkara ni dari kawan-kawan pengusaha cendawan yang lain. Sekarang saya alaminya sendiri. Lepas ni takutnya saya nak hantar balik. Dah dua minggu saya membisu je tak hantar kat restoran.

Sekarang ada juga yang datang kerja sambilan. Itu sedikit meringankan kerja saya. Saya nak mencari pekerja tetap. Nak ambil adik-beradik sendiri kalau boleh tapi diorang lebih senang memilih untuk kerja di kampung. InsyaAllah bulan April ni saya ada pembantu bahagian pentadbiran. Jadi saya boleh tumpukan pada penghasilan beg. Minggu depan bilik peram saya bakal kosong. Dah ada pembeli yang akan memborongnya. Dia nak banyak lagi tapi itu sahaja yang saya ada. Kalaulah saya boleh buat beg macam dulu. Saya sorang pun paling kurang dengan kudrat saya 3000 beg sebulan. Tapi untuk bulan Februari je rasanya seribu beg pun belum tentu sampai.

Saya ada banyak perancangan yang belum tercapai. Nak pindahkan tempat simpan habuk kayu dan nak buat bangsal baru. Dengan duit simpanan yang ada sekarang insyaAllah dah boleh buat satu bangsal lagi. Untuk peram je. Jadi saya boleh tambahkan beg untuk penuaian. Sekarang tuaian saya masih sedikit di bawah 10kg sehari. Sejak saya guna EM dan juga sejak orang kampung membuat laporan pada Jabatan Alam Sekitar dan JAS memberi amaran pada tuan tanah kerana melakukan pembakaran terbuka, beg-beg saya tidak banyak rosak lagi seperti suatu ketika dulu. JAS pun lembab. Masa JAS datang kebetulan saya ada. Saya tanya kenapa. Diorang bagitahu ada laporan dari orang kampung. Dah banyak sangat laporan. Yelah sejak hampir setahun saya di tapak tu, sejak itu lah ada pembakaran. Dan baru sekarang baru diorang datang ambil tindakan??? Memang tak boleh harap. Ada ke tunggu sampai setahun baru nak ambil tindakan? Dan akhirnya saya dituduh oleh tuan tanah yang saya yang buat laporan walaupun bukan saya sebenarnya. Pernah juga terlintas dihati untuk berbuat sedemikian tapi saya tak berbuat demikian yang pastinya. Seorang peserta kursus saya pun pernah memberikan saya cadangan agar berbuat demikian sebab pada hari kursus pun diorang sanggup bakal sampah depan peserta kursus saya. Kalau dulu asap berkepul-kepul masuk ke bangsal saya, dan baju saya berbau seperti baru keluar dari kawasan pembakaran sampah sekarang tak lagi. Syukurlah….

Saya berniat untuk berpindah sebenarnya. Tapi untuk berpindah saya perlukan modal yang besar. Perlu cari tapak yang benar-benar sesuai. Jadi kadang-kadang ia memberi sebab kepada saya untuk menangguhkan pembinaan struktur baru di tanah tu. Tapi ruang habuk kayu tetap akan saya pindahkan ke tepi jauh sedikit dari bangsal tuaian. Tanah saya sempit dan itu juga yang agak menyusahkan saya. Ruang yang ada pun belum tentu boleh dipakai kerana struktur tanah yang tidak sesuai. Dah tiba masa saya membuat pinjaman. Saya rancang sebelum 2009 saya akan berpindah ke tapak baru. Saya nak pastikan segalanya di tapak sekarang selesai dahulu.

Saya sentiasa harap yang saya akan lebih tabah, lebih kuat…. Saya ingin kejayaan yang lebih besar untuk FAF… Buat masa sekarang mungkin orang lain ia sudah cukup untuk dibanggakan tapi pada saya belum lagi. Mungkin kerana juga saya usahakannya seorang diri jadi ia begitu mengujakan orang lain. Saya sendiri pun terfikir bagaimana saya boleh lepas ke tahap ini dengan kudrat saya. Semua ni juga berkat pertolongan dari rakan-rakan pengusaha yang lain. Yang membantu dari jauh juga. Tak kira cendawan, kambing atau apa-apa bidang pertanian yang lain, ia memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan FAF. Dunia internet ni banyak membantu. Jadi nasihat saya pada pengusaha dan juga bekas-bekas peserta anak didik saya, gunakanlah saluran ini dengan sebaiknya.

Sekian…

p/s: Pada peserta kursus sesi ke 4 yang belum mendapat sijil saya akan bagi dalam masa yang terdekat. insyaAllah bulan ni. Juga berkenaan dengan e-book panduan usahawan tani yang belum sempat lagi saya emelkan akan saya cuba emelkan kalau tidak bulan ni paling lewat bulan 4.


Merenung masa depan... Semoga segala baik-baik sahaja untuk masa depan FAF..
Photobucket


Comments

Anonymous said…
salam fatisha..pasal edaran ebook tu susahkan awak pula rasanya..saya ingatkan awak ada senarai emailnya nya...kasi saja senarainya saya akan sendkan pada mereka..no problem..

btw...tapak baru ada kalau berminat..siap pekerja tetap(makcik..org kampung)..lagie..maybe separuh dari sewa tapak sekarang...lokasi pun cantik..
Zamlan said…
Fatisha, thanks atas iklankan kursus Chini Agro. Pasal nak cari pekerja tu, cuba tanya en Ramlee Kulat Enterprise, dia ada source untuk pekerja dari Bangladesh.. Harga pun murah je. No no kontek en Ramlee, 0123535181.. Harap info ni dapat menolong FAF. Gambatte kudasai ne..

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi