Oleh HAPIZAH AZIZ
Rosmaizan Che Abdullah menunjukkan nugget cendawan yang diproses di rumahnya di Kampung Atas Pinggir, Pasir Mas, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
PASIR MAS 15 Dis. - Suasana di tempat kerja yang tidak menggembirakan mendorong Rosmaizan Che Abdullah, 28, pulang ke kampung dan bertekad untuk berdikari. Bekas juruteknik di sebuah kilang di Selangor itu berharap dapat mengikut jejak langkah dua kakak dan seorang adiknya untuk menjadi peniaga atau usahawan biarpun masih belum pasti apa yang perlu diteroka.
Selepas tertarik dengan rasa cendawan goreng yang dijamahnya, dia mula merasakan ia boleh dijadikan perusahaan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Ini termasuk menambah keenakan dan mempelbagaikan rasanya dan juga pendekatan kreatif untuk memasarkannya.
''Saya memohon untuk menyertai kursus penanaman dan penyediaan pelbagai resipi daripada tumbuhan itu di bawah kendalian Jabatan Pertanian Negeri Kelantan di Lundang selama tiga hari pada Jun lalu," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Atas Pinggir, di sini, baru-baru ini.
Katanya, sebaik sahaja selesai kursus berkenaan, dia memanfaatkan pengetahuan dengan cuba memproses cendawan termasuk sebagai masakan paprik, rojak, sup, jemput-jemput dan sos cendawan sambil mengajak rakan-rakan mencuba.
''Saya mendapati cendawan bersalut lebih menjadi kegemaran ramai dan memulakannya dengan hanya bermodal RM20 untuk membeli cendawan kelabu dan tepung dengan memasarkan secara kecil-kecilan bagi mempromosikannya," ujarnya.
Percubaan itu katanya, tidak sia-sia kerana kini cendawan itu yang banyak diusahakan oleh penduduk setempat dikatakan turut mempunyai banyak khasiat sudah mula digemari ramai.
''Melalui promosi yang dilakukan di ekspo-ekspo perdagangan di negeri ini, saya melihat ia mempunyai potensi besar, apatah lagi belum ada yang mengusahakannya setakat ini," katanya.
Justeru katanya, sejak diperkenalkan dengan jualan hanya 20 paket tiga bulan lalu, kini meningkat kepada lebih 100 paket yang diproses dari enam kilogram cendawan setiap hari.
Cendawan itu katanya, diproses secara segar, dikukus kemudian disalut dengan adunan tepung berperisa lada sulah, lada hitam dan kari yang dijual RM3 bagi setiap peket seberat 160 gram.
Mereka yang membeli, boleh menyimpan agak lama seperti produk dingin beku lainnya dan pengguna hanya perlu menggoreng dan seterusnya mencicahnya dengan sos yang juga berperisa cendawan.
Menurutnya, dia sedang merancang untuk mengembangkannya termasuk menanam cendawan sendiri apabila sambutan daripada orang ramai meningkat sehingga 500 paket setiap hari di samping mengekarkan produknya di semua pasar raya di dalam dan luar Kelantan.
sumber: utusan malaysia (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm)

Comments