Pertamanya saya ingin maklumkan alamat projek di Kemaman. Ramai dah bertanya. Lupa saya nak letakkan alamat. Alamatnya di Lot 4594 Kg Pengkalan Pandan Luar, Chukai Kemaman. Landmarknya senang sahaja. Cari Hospital Kemaman. Masuk Jalan Hospital dan terus sahaja sampai jumpa Sekolah Menengah Bukit Mentok dan Taman Sri Jaya. Kalau dah jumpa Taman Sri Jaya tu memang dah tak susah nak cari. Tepi jalan sahaja.
Hari khamis lepas, pihak kami menerima kehadiran pegawai dari Pejabat Pertanian Kemaman dan juga Pejabat Pertanian Ajil iaitu Puan Jamaliah dari PPKmn, Cik Liza dan Puan Zaimah dari PPAjil. Kehadiran mereka adalah untuk melihat perkembangan projek kami di sini dan juga melihat kesesuaian tempat atas cadangan pihak Jabatan Pertanian untuk menggunakan tempat kami sebagai tempat untuk mereka jalankan kursus tanaman cendawan. InsyaAllah kalau ia menjadi kenyataan, tempat kami akan digunakan oleh Pejabat Pertanian Kemaman sebagai tempat menjalankan kursus praktikal. Kata orang dunia ni kecil sahaja. Tak sangka, rupanya Cik Liza adalah kawan sama-sama belajar di UMT kepada Puan Ikin iaitu pensyarah kepada Ain pelajar praktikal di tenpat kami dari Institut Skill Tech.
Perkambangan bangsal pula alhamdulillah. Bangsal no 1 telah terisi sepenuhnya. Lebih kurang 15k beg boleh dimuatkan dalam satu bangsal. Bermula minggu ini, kami akan mula mengisi bangsal no 2 pula. Beg-beg di dalam bangsal 1 akan matang sepenuhnya pada bulan Jun dan Julai nanti. Setakat ini pengusaha cendawan di sekitar Kemaman sudah mula mendapat maklumat tentang projek cendawan kami di sini. Semua ni berkat daripada hasil pertemuan dengan wakil Jabatan Pertanian Kemaman yang sudah dua kali berkunjung ke tempat kami. Ada yang sudah mula menempah cendawan segar dan juga beg-beg cendawan dengan pihak kami.
Last tentang iron girl, Ain... Sepanjang ketiadaan saya 3 hari di farm, Ain lah yang uruskan seorang diri. Bancuh, suntik, susun dan kukus. Cuma yang dia tak buat adalah bagging je. Thanks a lot. Jangan risau lah. Kerja dah pun menunggu dia kat FAF :D Minggu depan hari khamis last dia parktikal di FAF. Sambung belajar lagi 3 bulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pertanian Tahap 2.

Comments