Pada minggu lepas, kami mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa projek pertanian di sebelah pantai barat. Tempat pertama yang kami singgah adalah ke tapak projek Nas Agro Farm di Kg. Jenderam Hulu. Ini bukanlah kali pertama kami ke sana. Tetapi sejak projek beliau telah berkembang pesat dari hanya tanaman cendawan sehinggalah sekarang menjalankan pelbagai projek seperti menghasilkan benih sendiri serta baja dan yang terbaru ternakan kambing, inilah kali pertama kami jejakkan kaki ke sana. Seronok melihat perkembangan sihat Nas Agro. Semoga projek kami di Kemaman ini akan mampu menjadi seperi itu juga.
Di makmal tisu kultur Nas Agro
Projek vermikompos
Selepas itu kami ke Seri Kembangan melihat projek penghasilan baja kompos daripada hasil buangan sayur serta buah-buahan. Kapasiti penghasilan baja kompos di sini mencecah 20 tan sebulan. Kami sempat diberi taklimat bagaimana baja dihasilkan serta proses-proses yang terlibat dari awal ke akhir.
Di kilang baja kompos
Hari kedua kami ke Perak pula. Tempat pertama di tuju adalah Tronoh. Kami ke sana untuk melihat satu projek pertanian yang dijalankan di sana. Kalau ke sana boleh la singgah makan dulu ke warung mee udang banjir. Memang sedap rasanya. Kami ke sana adalah bagi melihat pilot plant satu projek pertanian baru bagi kegunaan industri di mana pihak kami bercadang untuk memasarkan baja keluaran kami. Ini adalah antara projek kami yang akan datang.
Singgah di gerai mee udang banjir.
Pilot plant di Tronoh...
Selepas tu kami singgah ke Tunas Alam Agrotech. Selepas hampir 3 tahun sama-sama menjalankan projek tanaman cendawan, singgah jugak akhirnya kami ke sana. Projek beliau sekarang sudah makin berkembang. Alhamdulillah ia satu perkembangan yang baik untuk industri cendawan di Malaysia. Le Mushroom pula destinasi kami yang kedua. Selepas itu kami pulang ke KL.
Di Tunas Alam...
kat sini ada cendawan perut lembu...
Di Ladang Le Mushroom Air Tawar
Hari ketiga, kami ke UKM berjumpa dengan Profesor Bohari iaitu Penyelia kepada pengurus FAF, Rusila Yusof sewaktu menjalankan penyelidikan pelajar master dahulu. Sempatlah berborak panjang tentang projek pertanian yang kami jalankan.
Bersama Prof Bohari... orang kuat x-ray kat UKM...
Pada hari keempat, kami singgah ke kejohanan olahrahraga Malaysia Open di Stadium Bukit Jalil bagi melihat acara 400meter. Ia disertai Mohd Zafril Mohd Zuslaini yang merupakan pelari 400m negara. Beliau mendapat no 2. Alhamdulillah. Moga dapat lah ke Sukan Sea nanti. Selepas tu kami terus pulang ke Kemaman. Banyak juga manfaat dan ilmu yang kami perolehi sepanjang lawatan kali ini. Kami pasti akan jadikannya sebagai rujukan bagi menjalankan projek-projek yang dijalankan oleh FAF di masa depan.
sempat pulak di temuramah oleh wartawan dari Iran masa keluar dari stadium tu.

Comments