Dua hari lepas saya menyelesaikan urusan meratakan tanah di depan bangunan pusat pemasaran milik PPK Kemaman di Kg Dadong, Jalan Air Putih Kemaman. Kerja pembinaan kiosk tertangguh sekian lama kerana masalah elektrik masih belum disambung lagi ke bangunan tersebut. Oleh kerana kiosk ini sepenuhnya diperbuat daripada besi, jadi nak welding kena lah ada elektrik kan... Pagi tadi kami menerima panggilan dari PPK yang meminta kami membuka pintu pagar kerana TNB telah datang ke sana untuk proses sambungan. Sambil pergi buka cari, saya carilah jentolakuntuk meratakan tanah sekali.
Tanah dan bangunan tersebut disewakan kepada kami oleh PPK Kemaman bagi menjalankan pelbagai projek seperti tanaman tebu, sayur taomio, cendawan, penghasilan mesin bagi penanaman cendawan serta projek penghasilan produk hiliran berasaskan cendawan seperti sos cendawan cili dan sos cendawan lada hitam, popia cendawan, mee cendawan, tepung berempah dan lain-lain produk yang masih dalam kajian. Pada masa kini penghasilan produk masih dijalankan dirumah. Pemindahan operasi secara tetap di dalam bangunan tersebut mungkin mengambil masa 2 - 3 bulan bergantung kepada dana yang akan dibiaya melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri Terengganu. InsyaAllah selepas ini, produk keluaran syarikat kami boleh di dapati di kedai 24 jam T-Shoppe seleruh Malaysia.
Comments