Skip to main content

Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU BERTEKNOLOGI EM

ANJURAN : Fatisha Agro Farm (001667017-P)
TARIKH : 5 – 6 Januari 2008
TEMPAT : Fatisha Agro Farm, Lot 6029 Jalan Masjid, Kg Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.
YURAN KURSUS: RM180 – 1 hari, RM250 – 2 hari termasuk makan dan minum (Sila bank in atas nama Rusila Yusof, BCB a/c: 12180086429524).
KANDUNGAN KURSUS:
1.Penananaman cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju) menggunakan kaedah biasa dan EM.
2.Starter Kit untuk dibawa pulang ke rumah (Beg media, habuk kayu, dedak, kapur, EM, benih, plastik, set penutup, leher dan tutup rehat).
3.Dua sampel rancangan perniagaan (RP)/ bussines proposal (BP).
4.Teknik-teknik pembungkusan dan penyimpanan untuk mengurangkan risiko kerosakan.
5.Demo penyediaan cendawan goreng (pelbagai jenis) dan sup cendawan (cream of mushroom).
6.Modul kursus yang padat dan lengkap. Sesuatu yang tidak dapat dipelajari di tempat lain akan diketahui di sini.
7.Sijil Penyertaan.

Sila hubungi Cik Rusila Yusof (0126221149) untuk sebarang pertanyaan dan untuk mengesahkan penyertaan anda. Terbuka kepada orang ramai. Terhad kepada 20 orang peserta sahaja. Sila rujuk laman web untuk penerangan yang lebih terperinci. www.siswazah-tani.blogspot.com.

ATURCARA

Sabtu 5 Januari 2008

8.00 pg – 8.30 pg Pendaftaran peserta
8.30 pg – 9.30 pg Taklimat Kursus
9.30 pg – 1.00 ptg Penyediaan media tanaman, pengukusan & penyuntikan benih
1.00 ptg – 2.00 ptg Makan tengahari dan rehat
2.00 ptg – 5.00 ptg Kutipan hasil, praktikal penjagaan beg sedia tuai dan pembungkusan
5.00 ptg – 5.30 ptg Penyampaian kit, sijil, sesi jualan dan bergambar
5.30 ptg Bersurai

Ahad 6 Januari 2008

8. 30 pg – 10.00 pg Demo penyediaan cendawan goreng dan sup cendawan
10.00 pg – 10.30 pg Minum pagi
10.30 pg – 12.30 tghr Penerangan lanjut penjagaan bangsal, persekitaran dan pengawalan kerosakan
12.30 tghr – 1.00 ptg Penyampaian kit, sijil , sesi jualan dan bergambar
1.00 ptg Bersurai

Comments

Zamlan said…
A'kum Fatisha,

Semakin berkembang nampaknya, tahniah! Saya juga nak ucapkan gud luck untuk kursus nanti. Saya dah merasainya, pengalaman yang sangat mengujakan.

Oh ye, pasal masalah hama dulu tu, dah ada penyelesaian ke? Kalau kat tempat saya, susah nak setel problem ni. Kena clear suma bungkah dan spray ngan clorox kat seluruh rak biar basah. Barulah hama tu hilang....

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi