Skip to main content

Posts

Bussines Proposal/ Rancangan Perniagaan

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan apa yang saya nyatakan di atas, sila sms pada saya di talian 0126221149. Kalau dulu saya bagi free, tapi sekarang ni saya kenakan bayaran kerana ia sebenarnya perkara yang berharga. Semua benda memerlukan duit sekarang, jadi inilah masa yang paling sesuai. Jadi sila sms saya yer. Bagi yang nak hantar emel, jangan emel ke fathiah_amsyar@yahoo.com. sebab saya lupa passwordnya. :)

Selamat Hari Raya

Lama tak masuk blog saya ni... Ada sebab sebenarnya... Selamat hari raya buat semua pembaca blog saya.. Terima kasih sebab masih singgah sini walau lama saya tak update... Oleh kerana semua benda memerlukan duit atau wang sekarang, jadi saya sepatutnya menggunakan kelebihan ilmu yang ada pada saya untuk menjanakan pendapatan darinya memandangkan cendawan saya agak bermasalah kerana kira-kira 4 ribu beg telah rosak akibat keadaan persekitan yang tidak sesuai. Dengan pembakaran terbuka yang tuan tanah lakukan walaupun saya telah memberitahunya berkali-kali bahawa cendawan sensitif kepadanya. Begitu juga dengan masalah hama. Jadi mulai selepas raya ni, sesuatu perlu saya lakukan untuk meneruskan kesinambungan FAF untuk bulan-bulan yang mendatang. Untuk itu, post seterusnya akan menyatakan projek saya seterusnya. Selamat Hari Raya buat semua!!!!!!!!

Cerita di FAF

Hari ni saya bangun awal. Semata nak buat suatu perubahan pada farm saya... yang penting pada diri saya juga. Farm agak tidak terurus kebelakangan ni sejak saya berniaga. tak sempat nak buat sesuatu kat farm. Hari ni saya bangun awal, pergi buat kerja kat farm. Asingkan beg rosak. Letak pada satu rak yang lain. Lepas tu korek beg untuk dapatkan tuaian. 8hb ni saya dapat tempahan 20kg. Saya harap dapat jual melalui hasil farm saya sendiri. Baru malam tadi saya iklankan saya nak jual beg, alhamdulillah hari ni saya dapat jugak jual. Kakak yang nak 20kg tu nak beli 1000 beg. 8hb ni jugak dia ambil. Sebenarnya dah lama kakak tu nak beli. Sebelum saya start buat bangsal lagi. Tapi saya ni ada tabiat suka menangguh. Yelah duit banyak lagi masa tu. Sekarang bila modal sudah habis, barulah saya teringat kat kakak tu. Saya memang rancang nak call dia lepas balik farm tadi. Masuk je kereta, saya cek dulu sms kat henfon. Kakak tu sms! Saya tunggu sampai rumah then saya call dia. Dan itulah urusan...

Lamanyerrrrrrrrrr..........

Lama betul tak update blog kesayangan saya ni. Maaf buat semua pembaca blog saya. Kakak saya pun dah bising-bising. Saya takde benda sangat nak bercerita sejak saya berniaga pasar ramadan ni. Biasanya lepas balik berniaga saya terus tidur. Letih! Esok lak saya bangun lambat sikit. Terus pergi farm siapkan barang untuk berniaga then ia berulang-ulang. Minggu ni masuk minggu ke3 berniaga. Biasalah dah akhir-akhir puasa ni, pendapatan tu makin berkurang. InsyaAllah mulai esok saya nak jual kuih raya lak Tapi belum call lagi kakak tu. Bagi yang datang melawat farm saya, memang tak terurus sikit. Saya pun segan nak bagi orang datang melawat. Beg yang rosak kat sana sini bersepah. Saya belum kumpulkan setempat sebab terlalu banyak. Sejak ramadan ni, saya cuma ada masa untuk asingkan beg yang rosak dari rak. Tapi belum semua lagi. Masih ada. Setakat ni yang saya dah asingkan mungkin sudah mencecah 1000 beg. Tapi tak semua saya buang begitu sahaja. Ada beg yang di makan hama separuh tu, saya b...

Enam Ramadan Yang Muram

Hari ni jualan saya agak menurun... dan terlalu merudum! hehehe... tapi masih boleh tersenyum sebab hari ni saya mencuba. Saya mencapai tahap keboringan yang teramat sangat harini sampai saya dapat round pasar tu sebanyak 3 kali! Sepatutnya hari selasa dan sabtu saya tak berniaga kerana saya tiada tapak yang tetap. Kerana pada hari tersebut ada pasar malam, so saya tidak boleh berniaga di atas tapak tersebut. Jadi... saya cuba la berniaga bawah pokok depan flat tempat kakak yang cadangkan saya berniaga tu. Dan akhirnya ia bagi saya pengajaran... its ok la... Lain kali, hari sabtu dan selasa saya jadikan hari saya mengurus bangsal je. Hari-hari sebelum ni jualan memang memuaskan lah. Yang paling best hari ahad lepas. Memang dasat lah! Nak-nak sebab orang yang menolong saya hari tu pandai... hehehe... Jualan saya hari tu memang lebih dari hari pertama. Tapi cendawan yang digoreng kurang dari 9kg! Camner tu... Tu maknanya dia letak elok-elok la. Macam saya ni pemurah sikit letak banyak. C...

Hari Pertama

Alhamdulillah... Syukur saya panjatkan pada Rab Yang Maha Esa kerana sambutan yang saya terima hari ni. Walau tak lah banyak mana jualannya iaitu hanya lebih kurang 9kg, tapi cukuplah tu sebab bila ia sudah digoreng harganya meningkat sehingga 3 kali ganda dari cendawan mentah. Tu kalau cendawan beli tau. Kalau tanam sendiri mungkin juga dari kos cendawan tu, kalau jual boleh sampai ke 5 kali ganda. Jadi semua orang ada kalkulator kan... kira lah berapa saya dapat hasil jualan rini... hehehe... Tak banyak sangat tapi cukuplah untuk orang yang maintanence rendah macam saya ni... hahaha... Hampir separuh dari cendawan yang dijual adalah hasil dari farm saya sendiri. Dan selebihnya saya membelinya dari pembekal cendawan yang lain. Gerai saya agak terbelakang. Ramai yang lalu lalang betul-betul yang berdekatan dengan Shell. Tapi gerai saya berhampiran dengan Maybank dan betul-betul di hadapan Ambank. Jadi kurang la sikit kalau orang malas berjalan tu. Kalau memang orang kaki pusing pasar 2...

Bazar & Cendawan

Saya mulakan dengan huruf B so BAZAAR... Malam tadi saya ke balai raya di Seksyen 16 atau Fasa 1 untuk uruskan tentang tu. Alhamdulillah segalanya setel. Tapak gerai cendawan goreng saya di depan Ambank. Jadi silalah singgah sekiranya berkunjung ke sana. Menu saya adalah cendawan goreng dengan tepung ranggup serunding dan juga tepung berempah dari Batu Pahat. Itu sahaja dalam pemikiran sekarang yang saya boleh buat untuk esok. Hari lain mungkin ada lagi tapi saya dah tak sempat nak fikir lagi. Ada housemate dah menawarkan diri untuk buat cream of mushroom. Tapi hujung minggu sahaja la. tengok dulu cane nanti sebab hari sabtu mungkin ada malasah sikit nak cari tempat berniaga sebab itu tapak pasar malam. Hari lain memang dah ada tapak depan Ambank tu. Ni la tempat urusan malam tadi... Tuan Haji tengah sibuk buat resit tu... Kakak tudung hijau tu jiran saya masa berniaga nanti. Dia jual otak2. Ayah dia nma Yusof gak, tuan haji ingat kitaorang adik beradik. Kakak yang tengah garu kepala ...