Lama betul tak update blog kesayangan saya ni. Maaf buat semua pembaca blog saya. Kakak saya pun dah bising-bising. Saya takde benda sangat nak bercerita sejak saya berniaga pasar ramadan ni. Biasanya lepas balik berniaga saya terus tidur. Letih! Esok lak saya bangun lambat sikit. Terus pergi farm siapkan barang untuk berniaga then ia berulang-ulang. Minggu ni masuk minggu ke3 berniaga. Biasalah dah akhir-akhir puasa ni, pendapatan tu makin berkurang. InsyaAllah mulai esok saya nak jual kuih raya lak Tapi belum call lagi kakak tu. Bagi yang datang melawat farm saya, memang tak terurus sikit. Saya pun segan nak bagi orang datang melawat. Beg yang rosak kat sana sini bersepah. Saya belum kumpulkan setempat sebab terlalu banyak. Sejak ramadan ni, saya cuma ada masa untuk asingkan beg yang rosak dari rak. Tapi belum semua lagi. Masih ada. Setakat ni yang saya dah asingkan mungkin sudah mencecah 1000 beg. Tapi tak semua saya buang begitu sahaja. Ada beg yang di makan hama separuh tu, saya b...
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.